Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

kuih bakar durian


It is not a durian season now. So, i was elated to see one of the fruit stalls near where i work, selling durians. It may not be a kampung durian, but the thick flesh is good for baking malay cakes. So here it is, kuih bakar durian, using the basic of kuih bakar recipe from joayee.


Kuih Bakar Durian
(Source: joayee)

Ingredients:
1 cup sugar
1 cup water (i use water instead of pandan juice)
2 cups plain flour
1 cup durian flesh
2 1/4 cup coconut milk (or 1 can coconut milk -450ml)
2 tbs butter (melted)
3 eggs
1/2 tsp salt
yellow colouring
Sesame seeds (i didnt use this)

Method:
1. Heat oven @ 180C.
2. Mix all the ingredients. Blend it. (Don't panic if the consistency is runny).
3. Apply butter to tray (8 x 8 inch). Heat the tray in the oven.
4. Pour the blended mixture into the tray.
5. Bake till cook (mine took slightly more than one hour).

Friday, January 7, 2011

Bingka Roti Berlauk

Ni yang kedua kali saya membuat bingka roti. Anak lelaki suka sangat. Dia boleh habiskan 3/4 suku loyang. Hmm, begitulah kalau orang dah suka. Terimakasih pada pereka resipi ini, kerana ia penyelamat pada roti2 yang tidak habis. Walau bagaimanapun, saya hanya membuat separuh dari adunan yang tertera dibawah.


Bingka Roti Berlauk
Source: Mat Gebu

Bahan Bingka Roti:
10 - 12 keping roti putih
800 ml santan (sebahgian ganti susu pun boleh)
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Lauk:
400 g daging cincang
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara Membuatnya:
1. Untuk Bingka Roti:
Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.

2. Untuk Lauk : Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.

3. Untuk Bingka Roti Berlauk: Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (no. 2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan .

Monday, June 8, 2009

Talam Keladi


My family is not a fan of kuih2 manis dan bersantan. Nevertheless, I still want to make an effort to try my hands on making malay kuih. Recipe from
here. The sweetness is just right and I am able to get two medium size round pan of this talam.
Talam Keladi

Bahan2nya (Lapisan Bawah):
400 gm keladi (dipotong dadu, kukus atau rebus hingga 3/4 masak)
280 gm tepung beras
1150 ml santan cair dari 1 biji kelapa
120 gm gula
1 sudu teh garam

Cara2nya:
1. Campurkan tepung beras, santan cair, gula dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk.
2. Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 20-25 minit sehingga ianya agak pekat sedikit.
3. Kemudian masukkan keladi yg telah dikukus tadi dan gaul sebentar.
4. Matikan api dan tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak.
5. Ratakan dan kukus adunan ini selama kira-kira 20 minit.

Bahan2nya (Serikaya):
8 biji telur ayam (kalau saiz besar 6 mencukupi)-kocok sedikit
200 gm gula melaka (masak dgn 1 cawan air, daun pandan- jadikan 220 ml air gula-sejukkan)
250 gm gula
6 sudu makan (mumbung) tepung gandum
550 ml santan pekat dari 2 biji kelapa
1 sudu teh garam

Cara2nya:
1. Di dalam mangkuk besen, masukkan tepung, gula, air gula melaka dan santan pekat lalu dikacau rata.
2. Kemudian masukkan telur dan garam dan dikacau lagi hingga sebati lalu ditapis. Tuang ke atas lapisan bawah kuih.
3. Kukus hingga masak selama kira-kira 30-40 minit.
4. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk (kira-kira 3-4 jam) sebelum dipotong.


Sunday, May 17, 2009

Pandan Pancake


My son was craving for home make pancakes so i made these for him. I added pandan paste and a little bit of green colouring. Recipe from here. It makes about 12 eatable size pieces.



Ingredients:
1 1/2 cups all-purpose flour
3 1/2 tsps baking powder
1 tsp salt
1 tbls white sugar
1 1/4 cups milk
1 egg
3 tbls butter, melted
Pandan paste (i added this)
Green colouring (i added this)

Directions
1. In a large bowl, sift together the flour, baking power and salt. Add sugar. Make a well in the center and pour in the milk, egg and melted butter. Mix until smooth.

2. Heat a lightly oiled non stick pan over medium heat. Pour or scoop the batter onto the pan, using approximately 1/4 cup for each pancake. Brown on both sides and serve hot.


Friday, May 1, 2009

Kuih Keria


This local savory is one of our favourites. It's a malay doughnut. Cheap and easy to make. But best not to be eaten too much cause it's richly coated with sugar.




Ingredients:
600 gm sweet potatoes

100 gm plain flour

A pinch of salt

For coating
:

1 cup of sugar

1/4 cup of water

Methods
:

1. Put sweet potatoes in a pot of water with a pinch of salt. Boil till soft and mash the potatoes.

2. Put in plain flour bit by bit and kneads ingredients until mix well.

3. Scoop 2 tablespoon and roll on your palm to make a small ball.

4. If fingers is sticky while shaping it, sprinkle some plain flour into palm.

5. Shape it round and dig a hole in the middle.

6. Fry in a hot oil until light brown.


For coating:

1. Heat pan without oil, add in water and sugar.

2. Cook until sugar dissolved and transform till almost crystal white.

3. Pour all the sweet potatoes and coat it all well.

4. Cool it before serving.

Tuesday, November 11, 2008

Gendang Kasturi (Mung Bean Fritters)


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati


Kuih tradisi yang jarang sekali dimakan atau dibeli. Saya rasa, mungkin kalau kita sukakan kacang hijau, mungkin juga kita akan suka memakannya. Walau macamana pun, here's the recipe.

Bahan2nya:
200 gm kacang hijau
750 ml air
1 daun pandan
100g gula (boleh ditambah kalau mahu lebih manis)
25 g tepung gandum
50 g kelapa parut putih
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Tepung untuk mengoreng:
6 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil gula
Secubit garam
Sedikit kapur
Sedikit warna kuning
100 - 110 ml air

Cara2nya:
1. Basuh kacang hijau dan rendam selama 30 minit.
2. Masukkan 750 ml air, daun pandan dan rebus hingga kacang lembut dan airnya agak kering.
3.
Masukkan gula dan kacaukan hingga gula larut. Seterusnya masukkan kelapa parut, tepung gandum dan garam dan kacau hingga sebati. Sejukkan.
4. Bulatkan kecil kecil serta leperkan sedikit adunan kacang hijau tadi. Kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 15 - 20 minit untuk memadatkannya.
5. Siapkan tepung untuk mengoreng dan celupkan kuih kacang.
6. Goreng hingga garing.


Sunday, September 7, 2008

Chocolate Mint Cake


Kenwood mixer baru kena repair. Konon2 nak buat marble cake untuk test trial the mixer, alih2 kuih marble cake yang berlainan rasa pulak akhirnya dibuat. Anyway, nothing to lose to try this.

Chocolate Mint Cake
[Source: myperiukbelanga)

Bahan2nya:
200 gm self-raising flour, diayak
230 gm butter
220 gm caster sugar
5 biji telor yang sederhana besar (originally 230 gm - 7 biji telor)
1 tsp esen vanilla
30 gm serbuk koko, diayak
50 ml susu segar
beberapa titik pewarna hijau
3 titik perisa mint (kalu nak lebih, silakan)

Cara2nya:
1. Panaskan oven pada suhu 180. Calitkan loyang 10" dengan mentega & taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat atau boleh alas kertas kuih pada dasar loyang tersebut.
2. Pukul tepung bersama mentega hingga menjadi pes yang sebati.
3. Dalam mangkuk yang berasingan dengan menggunakan whisker, pukul telor bersama gula hingga naik memutih dengan speed laju. Masukkan esen vanilla & pukul seketika lagi.
4. Campur adunan telor ini kedalam adunan tepung yang telah menjadi pes tadi & pukul hingga sebati & kembang dengan menggunakan K beater.
5. Bagi pada dua bahagian. Campur serbuk koko berselang-seli dengan susu segar pada satu bahagian.
6. Campur pula pewarna hijau & perisa mint pada lagi satu bahagian.
7. Tuang adunan dengan cara berselang-seli koko & warna hijau didalam loyang hingga habis. Ambil 1 chopstick kemudian alit2kan bentuk 'swirl' pada adunan tadi supaya ia bercorak 'marble'.
8. Bakar dalam masa 40 hingga 45 min atau hingga lidi atau 'cake tester' dicucuk kedalam kek tidak melekat pada lidi tersebut.

Saturday, September 6, 2008

Kuih Bakar


While I went shopping at Geylang on the eve of Ramadan, my son helped me to bake kuih bakar. It's a simple recipe and suits those who do not like it sweet.

Kuih Bakar
(Source: joayee)

Bahan2nya:
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau (saya tak menggunakan colour)
bijan


Cara2nya:
1. Campurkan semua bahan. Blend sampai sebati. (Don't panic if the consistency is runny).
2. Masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. Panaskan loyang dlm oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan.

4. Bakar @180 sampai garing.

Monday, August 25, 2008

Bingka Ubi

I bake this kuih because it's the favourite of my other half. A traditional kuih that is easy to make and not much effort is needed.


Bingka Ubi
[Source: Siaran SEDAP by Asmah Laili)

Bahan2nya:
1 kilo ubi kayu parut
2 biji telur kuning
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
300 gm gula perang (saya gunakan 250 gm)
1 sudu makan vanilla
125 gm mentega
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pisang
1 tin pembakar

Cara2nya:
1. Kisar kelapa parut dengan santan pekat.
2. Gaulkan ubi kisar dengan gula, mentega, garam, vanilla, kelapa kisar dan santan pekat.
3. Sapu tin pembakar dengan mentega. Lapis sekeliling dengan daun pisang.
4. Tuangkan adunan. Ratakan.
5. Bakar didalam ketuhar dengan kepanasan 170 darjah sehingga masak dan garing.
6. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan, baru boleh dipotong.

Thursday, August 21, 2008

Kuih Lapis

I made this kuih lapis for my MIL's kenduri arwah. Bahan2nya murah, senang didapat dan hasilnya, sedap.

Kuih Lapis
[Source: Rozzan blogspot]

Bahan2nya:
150 g tepung beras
30 g tepung hoon kue
400 ml santan kotak
160 ml air
Santan dan air disatukan

Untuk sirapnya:
180 g gula castor
150 ml air
1/4 teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara2nya:
1. M
asak gula bersama air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut dan mendidih.
2. S
atukan tepung gandung dan tepung hoon kue ke dalam mangkuk besar.
3. Tuangkan campuran air dan santan sedikit demi sedikit ke dalamnya dan biarkan selama 30 - 40 minit.
4. Kemudian masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sirap. Tapis adunan jika perlu.
5.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain manakala satu lagi diwarnakan merah jambu.
6.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang bulat 9" yang telah diris dengan minyak ke dalamnya dan biarkan 4-5 minit.
7.
Kemudian tuangkan 4 senduk lauk adunan plain (kira2 150-160 ml) ke dalam loyang tadi.
8.
Kukus sehingga 5-6 minit atau hingga lapisan masak. Setelah itu, tuang pula adunan merah jambu dan kukus lagi.
9.
Ulangi proses ini berselang seli warna sehingga lapan lapis kesemuanya.

Tuesday, August 5, 2008

Koleh-koleh

Currently I have the obsession of making kuih2 melayu. Tak tahu kenapa, walhal my family tak suka sangat makan kuih2. Hmm, anyway from the process of making it, I get to experience how easy, difficult and the lecehness. Recipe taken from my SIL's mum. Cara2nya diceduk dari internet sebagai panduan.

Bahan2nya:
500 gm tepung kacang hijau
350 gm gula melaka
1 kg santan pekat, dijadikan tahi minyak
400 ml santan kotak
1500 ml air
1 loyang 12x12 inci disapu dengan minyak kelapa

Cara2nya:
1. Gula melaka dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. Campurkan dengan santan kotak, sedikit garam dan 1500 ml air. Masak hingga mendidih. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan tepung kacang hijau. Kacau hingga adunannya rata dan tidak bergentel. Hidupkan api yang sederhana dan kacau perlahan-lahan. Letakkan 1 sudu makan minyak kelapa, supaya kuihnya kelak akan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api.
3. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan. Kemudian taburkan dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru dipotong.



Tuesday, July 29, 2008

Lopes

This is one of my favourites. So far most of the wedding invitations that I have attended served kuih lopes. Yum yum, lucky me. Source of this recipe is from my sis-in-law.


Bahan A:
1 kg pulut, cuci bersih dan ditoskan
Air, dua kali ganda pulut
3 sudu besar air kapur
Beberapa helai daun pisang selebar 7 cm
Tali raffia

Bahan B:
1 biji kelapa parut putih
½ sudu teh garam halus
Digaul dan dikukus

500 g gula Melaka
300 ml air
2 helai daun pandan
Dimasak hingga mendidih hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.

Cara2nya:
1. Rendam pulut dengan air kapur selama satu jam, kemudian toskan.
2. Daun pisang dilayukan atas api dan lap bersih.
3. Lipat daun pisang dan bentukkan tiga segi (macam nak buat samosa).
4. Isikan 2 sudu makan pulut dan lipat daun dengan rapi.
5. Buat lagi hingga 3 – 4 keping dan ikat dengan tali raffia.
6. Rebus selama 2 jam.
7. Toskan dan sejukkan sebelum disalut kelapa dan dicurah gula.

Saturday, July 19, 2008

Puteri Salat Durian

Sudah dua kali saya memasak kueh ini dengan recipe yang sama. Pukul habis sedapnya. Recipe from resipidiana yang memang banyak tertera. Terimakasih sungguh.

(Saya buat sikit saja perubahan).
PUTERI SALAT DURIAN
source: resipidiana.blogspot
(menghasilkan 2 loyang bulat 9 inci)


Bahan A
3 1/4 cawan beras pulut
3 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam

Cara untuk Bahan A

1. Bersihkan beras pulut dan cuci bersih. Kemudian rendam beras pulut selama 15 minit dan toskan.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan garam. Bahagikan adunan antara 2 loyang berukuran 9" bulat.
3. Kukus selama 20 minit. Setelah dikukus gaul rata pulut yang telah masak dan tekan untuk mampatkan. Kemudian bolehlah tuang Bahan B yang telah disediakan.

Bahan B
5 biji telur
2 cawan gula
(saya gunakan 1 1/2 cawan)
4 1/2 cawan santan
(saya gunakan 3 1/2 cawan)
5 ulas isi durian
2 sudu teh pes pandan
(saya gunakan 5 helai daun pandan diblend dengan 1/2 cawan air)
sedikit garam
9 sudu makan (bumbung) tepung gandum
3 sudu makan (bumbung) tepung jagung

Cara untuk Bahan B
1. Masukkan telur, gula, santan, isi durian, pes pandan dan garam dalam blender. Blender bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
2. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung dan blender sehingga adunan sebati.

3. Tuangkan adunan dalam periuk dan masak menggunakan api yang kecil sehingga berwap. Adunan hendaklah sentiasa dikacau, kalau tidak nanti bergentel.
4. Tuang adunan diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana kecil.
5. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

Nota:
1. Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus Bahan A.
2. Tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya air wap tidak jatuh diatas permukaan kuih talam.
3. Amat penting jika masak adunan kuih talam diatas api supaya adunan sentiasa dikacau untuk elak adunan bergentel.
4. Sewaktu mengukus kuih talam jangan gunakan api besar, ini akan menghasilkan kuih talam yang permukaannya berombak.
5. Sekiranya air didalam kukusan telah surut, hendaklah tambah air panas yang telah dididihkan terlebih dahulu dan BUKAN AIR SEJUK. Perubahan pada suhu yang mendadak akan menjejas hasil kuih talam yang sedang dikukus.
6. Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih talam. Sebaiknya sejukkan kuih talam selama berapa jam sebelum memotongnya.