Saturday, July 19, 2008

Puteri Salat Durian

Sudah dua kali saya memasak kueh ini dengan recipe yang sama. Pukul habis sedapnya. Recipe from resipidiana yang memang banyak tertera. Terimakasih sungguh.

(Saya buat sikit saja perubahan).
PUTERI SALAT DURIAN
source: resipidiana.blogspot
(menghasilkan 2 loyang bulat 9 inci)


Bahan A
3 1/4 cawan beras pulut
3 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam

Cara untuk Bahan A

1. Bersihkan beras pulut dan cuci bersih. Kemudian rendam beras pulut selama 15 minit dan toskan.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan garam. Bahagikan adunan antara 2 loyang berukuran 9" bulat.
3. Kukus selama 20 minit. Setelah dikukus gaul rata pulut yang telah masak dan tekan untuk mampatkan. Kemudian bolehlah tuang Bahan B yang telah disediakan.

Bahan B
5 biji telur
2 cawan gula
(saya gunakan 1 1/2 cawan)
4 1/2 cawan santan
(saya gunakan 3 1/2 cawan)
5 ulas isi durian
2 sudu teh pes pandan
(saya gunakan 5 helai daun pandan diblend dengan 1/2 cawan air)
sedikit garam
9 sudu makan (bumbung) tepung gandum
3 sudu makan (bumbung) tepung jagung

Cara untuk Bahan B
1. Masukkan telur, gula, santan, isi durian, pes pandan dan garam dalam blender. Blender bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
2. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung dan blender sehingga adunan sebati.

3. Tuangkan adunan dalam periuk dan masak menggunakan api yang kecil sehingga berwap. Adunan hendaklah sentiasa dikacau, kalau tidak nanti bergentel.
4. Tuang adunan diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana kecil.
5. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

Nota:
1. Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus Bahan A.
2. Tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya air wap tidak jatuh diatas permukaan kuih talam.
3. Amat penting jika masak adunan kuih talam diatas api supaya adunan sentiasa dikacau untuk elak adunan bergentel.
4. Sewaktu mengukus kuih talam jangan gunakan api besar, ini akan menghasilkan kuih talam yang permukaannya berombak.
5. Sekiranya air didalam kukusan telah surut, hendaklah tambah air panas yang telah dididihkan terlebih dahulu dan BUKAN AIR SEJUK. Perubahan pada suhu yang mendadak akan menjejas hasil kuih talam yang sedang dikukus.
6. Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih talam. Sebaiknya sejukkan kuih talam selama berapa jam sebelum memotongnya.

No comments: