Showing posts with label hadis pilihan. Show all posts
Showing posts with label hadis pilihan. Show all posts

Thursday, August 21, 2008

Amalan Pertama Dihisab Pada Akhirat

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari akhirat ialah solatnya".

[Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi]

Keterangan:
- Dimaksudkan di sini ialah hamba yang Muslim dan amalan yang berkaitan hak Allah swt.
-
Perkara pertama yang dihisab pada hamba Allah yang kafir ialah iman. Sabda Rasullullah saw bermaksud: "Sesungguhnya perkara pertama seorang hamba yang Muslim dihisab pada hari kiamat ialah solat fardhu".
- Disebutkan di dalam hadis ini 'hamba yang Muslim', maka terkecuali hamba yang kafir.
- Perkara pertama berkaitan dengan hak manusia yang pertama dibicarakan ialah kezaliman di kalangan hamba yang melibatkan pertumpahan darah. Rasullullah saw bersabda: "Perkara pertama yang dibicarakan antara manusia ialah perkara yang melibatkan darah" (Adaptasi Syarah Sunan Ibnu Majah).

Dari Utusan Malaysia, petikan daripada buku 300 Hadis Bimbingan terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Keredaan Hakiki

Menurut Qadhi 'Iyad: Hal yang demikian adalah kerana siapa yang meredai sesuatu perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala iman menguasai hati maka mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai kelazatannya ~ Syarah Sahih Muslim.

Daripada Abu Said al-Khudri ra, Rasullullah saw berkata kepadanya: Wahai Abu Said! Sesiapa yang meredakan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi; maka wajiblah baginya syurga ~ riwayat Muslim.

Dari Utusan Malaysia, petikan daripada buku 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Reda Allah terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.