Friday, January 7, 2011

Bingka Roti Berlauk

Ni yang kedua kali saya membuat bingka roti. Anak lelaki suka sangat. Dia boleh habiskan 3/4 suku loyang. Hmm, begitulah kalau orang dah suka. Terimakasih pada pereka resipi ini, kerana ia penyelamat pada roti2 yang tidak habis. Walau bagaimanapun, saya hanya membuat separuh dari adunan yang tertera dibawah.


Bingka Roti Berlauk
Source: Mat Gebu

Bahan Bingka Roti:
10 - 12 keping roti putih
800 ml santan (sebahgian ganti susu pun boleh)
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan Lauk:
400 g daging cincang
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara Membuatnya:
1. Untuk Bingka Roti:
Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.

2. Untuk Lauk : Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.

3. Untuk Bingka Roti Berlauk: Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (no. 2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan .

Thursday, November 25, 2010

ayam masak merah mak mentua

Resipe ini memerlukan banyak bahan dari yang biasa, tetapi rasanya memang sedap.

Bahan2nya:
1 biji ayam , dipotong dan dibersihkan
1/2 botol tomato sauce
1 tin kecil tomato puree
1 sudu kecil rempah beriani
2 sudu bsr kicap manis
3 sudu bsr kismis garam bawang goreng
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang

Bahan dikisar:
2 ulas bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
10 tangkai lada kering
5/6 biji gajus

Bahan dihiris:
2 tangkai ladi merah
1 biji bawang besar
2 biji tomato, didadu

Cara2nya:
1. Ayam digoreng jangan sampai garing dan angkat.
2. Ambil minyak sedikit dari gorengan ayam dan masukkan rempah 4-sekawan. Kemudian masukkan pulak bawang yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan pulak bahan2 kisar. Setelah itu masukkan tomato yang telah didadu. Kacau semula dan kecilkan api.
4. Masukkan rempah briani, kacau rata. Masukkan tomato sauce, tomato puree, kicap dan air. Sukatan air mengikut suka pekat kuah masing2.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng. Campurkan kismis dan kemudian garam.
6. Bila kuah telah bergaul rata dan serap dalam ayam. Angkat, taburkan bawang goreng, kacang peas dan hidangkan.

Thursday, March 11, 2010

Tips agar tidak timbul riak apabila apa yang diidamkan tidak diperoleh

1. Sentiasa bersyukur kepada Allah swt. Contohnya cantik, ia adalah milik Allah swt dan pada bila-bila masa Allah swt boleh menariknya balik.

2. Doa untuk mengelakkan diri daripada sifat sombong dan takbur serta supaya kita sentiasa mendapat rahmat di dalam hidup.

Doa ini selalu dibaca oleh Nabi Sulaiman iaitu surah al-Naml: 19 yang bermaksud:
Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.

3. Kalau ingin sekalipun cantik biarlah dengan kaedah yang ditetapkan di dalam Islam. Jangan sama sekali bertemu dengan bomoh dan dukun untuk kelihatan cantik.
Ini kerana Nabi telah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang bertemu dengan tukang tilik dan mereka percaya dengan kata bomoh atau dukun tersebut, solatnya tidak diterima Allah swt selama 40 hari".

Amalkan:
1. Membaca Fatihah.
2. Banyak berselawat.
3. Doa - surah Yusuf ayat 4 (doa ini ada banyak kelebihannya antaranya; meringankan jodoh, wajah berseri).
Petikan dari Utusan Malaysia.

Tuesday, February 9, 2010

Agama Itu Nasihat


Kalamullah:
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun".
~ Fathir: 28

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak".
~ HR At Tirmidzi, disahihkan Al Iman Al Albani

Nasihat Ulama:
"Jika engkau mampu, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka".
~ Umar bin Abdul Aziz

Thursday, June 11, 2009

Chicken Basil


One of my favourite cruisines is Thai. Just love the herbs in most of their dishes. The aromatic smell and taste are just fantastic. I can never get enough of eating Thai food. Here is one simple recipe.

Chicken Basil

Ingredients:
500 gm chicken/beef (minced or cut small chunks)
2 tbls garlic (minced)
15-20 chilli pepper (minced)
2 tbls sugar
4 tbls fish sauce
4 stems basil leaves
3 tbls cooking oil

Method:
1. Fry garlic and chilli pepper over high heat till brown.
2. Put in the minced meat and stir constantly. Cook until the juice is gone.
3. Add sugar and fish sauce. Stir well.
4. Then add in the basil. Turn over a few times and remove from fire.
5. Serve hot with rice.