Daripada Abi Hurairah ra. katanya, Rasullullah saw bersabda: "Telah diampuni bagi wanita lacur yang bertemu dengan anjing yang sedang haus kelaparan di tepi sebuah perigi yang berair di tengah padang pasir, lalu dibuka kasutnya dan mengikatkannya dengan tudungnya lalu digunakan sebagai timba untuk mengambil air dan memberi minum anjing tersebut, maka diampuninya dengan kebaktian tersebut. Sahabat bertanya adakah khidmat bakti kepada haiwan itu diberi pahala? Sabdanya: Ya! pada setiap yang hidup itu ada pahala.
~ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Huraian:
Dalam hadis ini, Rasullullah saw menjelaskan bahawa rahmat Allah dan kasih sayangNya kepada hambaNya itu, boleh menghapuskan dan mengampuni segala kesalahan hamba walau bagaimana besarnya kesalahan itu berbanding amalannya. Justeru itu syurga Allah itu tidak boleh dimasuki dengan amal ibadat hamba walau bagaimana tinggi nilai amalannya sekalipun, melainkan dengan semata-mata rahmat daripadaNya. Lantaran itulah jangan sesiapa berpegang atau berbangga dengan amalnya sendiri.
Kesimpulan:
Jangan sesiapa mempersendakan sebarang kebaikan atau amal bakti yang dilakukan kerana Allah itu, boleh jadi dengan sebab itu akan mendatangkan rahmat Allah yang melimpah ruah kepadanya.
Petikan dari Utusan Malaysia.

No comments:
Post a Comment