Thursday, August 21, 2008

Usah Remeh Kebajikan

Daripada Abi Zar (ra) katanya Rasullullah saw pernah bersabda katanya: "Jangan kamu mempersendakan sebarang kebaikan (makruf) itu sedikitpun sekalipun dengan mempamerkan senyuman manis depan saudara mu" ~ Riwayat Muslim.

Huraian:
Dalam hadis ini, Rasullullah saw mengingatkan kita agar tidak mempermudahkan (mempersendakan) sebarang kebaikan (makruf) sedikitpun sekalipun kebaikan itu dianggap mudah, senang dan gampang. Malah lakukan dengan cermat dan hati-hati apa saja yang dikira sebagai kebajikan dan kebaikan.

Kesimpulan:
Lakukanlah semua kebajikan yang mendatangkan kebaikan dalam agama dan jangan meremehkannya sedikitpun, kerana mungkin dengannya kita akan dikurniakan ganjarannya yang besar di akhirat nanti.

No comments: