saya jarang sekali membuat sambal belacan kerana orang2 dirumah tidak begitu minat. kalau sambal tomato ni, kira laku juga.
Sambal Tomato
Bahan2nya:
5 biji lada merah
5 biji lada padi
2 biji bawang putih
2 biji tomato
1.5 sbsr belacan
Gula dan garam secukup rasa
Cara2nya:
1. Sangai lada, bawang putih dan belacan.
2. Tumbuk bahan2 yang telah disangai. Kemudian masukkan tomato dan tumbuk hingga halus/kasar.
3. Campurkan gula dan garam mengikut rasa.
4. Makan bersama ulam-ulaman, tempe atau tahu.
No comments:
Post a Comment