Monday, October 20, 2008

Udang Daun Kesom


Dah jelak dengan udang masak sambal tumis dan udang goreng butter, saya tukar selera pulak, masak udang daun kesom. Asal recipe ini sebenarnya mengunakan daun selasih, tapi saya mengunakan daun kesom sebab masih banyak lebihan setelah membuat laksa.


Bahan2nya:
600 gm udang
1.5 sudu besar sos tomato
50 ml air

Bahan kisar:
10 tangkai lada kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1/2 cm halia
Garam dan gula


Secawan daun kesom

Cara2nya:
1. Rendam udang yang telah dibersihkan dalam air limau sebentar dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan sos tomato dan air.
3. Tumis sehingga ia pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Tutup api dan masukkan daun kesom dan gaul rata.


No comments: