Thursday, July 17, 2008

Orang Yang Bijak

Daripada Abi Ya’ala Syaddad Ibni Aaus r.a dari Nabi saw yang bersabda: Orang yang cerdik ialah mereka yang membentuk dirinya selaras dengan ajaran agama, dan beramal untuk persediaan sesudah matinya. Orang yang bodoh ialah mereka yang menurut keinginan nafsunya dan berangan-angan. Allah akan melaksanakan cita-citanya ~ Hadith Riwayat At-Tarmizi.

Pengertian:
Dalam hadith ini, Nabi kita saw membahagikan manusia kepada dua golongan. Pertama, mereka yang melaksanakan segala ajaran agamanya dan beramal untuk kebaikannya di
akhirat. Mereka adalah orang yang cerdik. Kedua, mereka yang memenuhi kepuasan nafsunya dan berangan-angan untuk mencapai segala impiannya. Mereka ialah si bodoh. Sekiranya kesenangan di dunia ini tidak diperoleh tanpa perjuangan dan pengorbanan, apatah lagi dengan kebahagian di akhirat nanti sudah pasti tidak didapati tanpa perjuangan menentang kejahatan nafsunya dan tanpa bekalan amal yang cukup.

Kesimpulannya:
Berusahalah untuk mendapat ketinggian di akhirat. Mereka yang ingin mencapai sesuatu tujuan di dunia dan di akhirat tanpa berusaha ke arah itu adalah orang yang paling bodoh.

No comments: