Semalam lepas kerja, saya ketandusan idea untuk masak masakan malam. Hari2 beginilah, padahal kadang2 bahan untuk masak tu lengkap. Anyway, teringatkan dah lama tak makan ayam percik. Recipinya menarik, bau ayamnya harum bila dipanggang. Cuma kuahnya agak terlalu manis. Boleh dikurangkan gulanya.
Ayam Percik
[Source: bharian.com.my]
Bahannya:
1 ekor ayam (1 kg) dipotong empat
1/2 cawan minyak masak
2 cawan santan yg diambik daripada sebiji kelapa
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan, sebab ni terlalu manis)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
50g halia
5 tangkai cili kering, direbus sehingga lembut
2 biji buah keras
50g kunyit hidup
Cara2nya:
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan lumurkan garam secukupnya dan lima camca besar bahan kisar pada ayam tadi. Perapkan hingga lima jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Kacau hingga pekat.
4. Keluarkan ayam yang diperap tadi dan panggang ia di atas bara sehingga separuh masak. Kemudian celupkan ayam di dalam kuah percik.
5. Panggang lagi sehingga masak sepenuhnya. Enak dimakan bersama kuah percik.
No comments:
Post a Comment